Monday, March 9, 2015

Meringue pun kena ikut tips?

Sebelum ini bila dengar orang cakap meringue Nana buat tak kisah je. Tapi bila buat Hokkaido Chiffon Cupcakes hari tu, baru tahu macam mana nak buat dengan cara yang betul.

Meringue adalah campuran putih telur dan gula, ada juga yang masukkan cream of tartar. Nampak senang je kan? Tapi bukan semudah itu....

First time buat meringue masa buat Hokkaido Cupcakes. Masa mula-mula buat tu memang lama lah putar adunan putih telur dan gula tu, tapi still tak kembang-kembang, sampai mixer pun panas. Dalam hati, alamak, tak dapat la nak merasa kek hokkaido hari ni. Nana tak puas hati, Nana terus google kenapa meringue Nana tak jadi.

Nana pun terbaca lah ayat ni kat blog Hidayu's Journal

"Meringue ni akan terhasil dalam masa maksimum 15min.. tapi kalau 5min pertama, putih telur ngan gula tu macam tak mengembang.. okay, boleh amik tisu dan redha je bahawasanya meringue anda adalah gagal"

Okeh, memang fail. 


-Gambar dr google image-

Ciri-ciri meringue:
-kembang, gebu, fluffy
-tak meleleh
-kalau kita terbalikkan bekas pun, tak tumpah

Kalau meringue yang anda buat ada ciri-ciri di atas, tahniah! Meringue anda menjadi!

Kalau tak jadi jugak, ini tips dia:

Telur

1. Kita kena pastikan semasa mengasingkan putih telur dari kuning telur, tidak ada setitik pun kuning telur tercampur.
2. Untuk memudahkan pengasingan, gunakan telur yang telah disejukkan dalam peti sejuk. Lebih mudah nak asingkan.
3. Tetapi, bila nak putar, telur mesti pada suhu bilik. Senang nak pukul dan lebih mudah gebu.

Peralatan

1. Yang ni pun penting jugak. Pastikan mangkuk adunan dan perkakas mixer betul-betul kering dan bersih sebelum digunakan. Takde minyak, takde air.
2. Penggunaan mangkuk besi adalah lebih afdal.

Gula

1. Gunakan gula superfine macam gula kastor atau gula icing sebab ia lebih mudah larut.
2. Jangan pukul putih telur dan gula sekaligus.
3. Pukul putih telur pada kelajuan tinggi, masukkan 2 sudu gula setiap satu masa.

Lain-lain

1. Jangan matikan mixer separuh jalan, nanti meringue mudah melekat dan melekit masa bakar
2. Pukul telur hingga mendapat peak yang diperlukan. Soft peak lebih sesuai untuk pie, manakala stiff peak lebih sesuai untuk pavlova atau meringue.
3. Meringue kena bakar guna api sederhana dan agak lama, nak pastikan dia rangup.
4. Jangan terlalu cepat keluarkan meringue dari oven. Biarkan dahulu dalam oven selepas masak. Ini untuk membantu ia terus mengering dan mengelakkan dari merekah. Meringue sangat mudah rapuh.
5. Elakkan dari membuat meringue pada cuaca lembap. Gula dalam meringue boleh menyerap lembapan dan menyebabkan hasilnya menjadi kenyal. Ini juga akan menyebabkan meringue memerlukan masa yang lebih lama untuk masak dan masa yang lama untuk ia mengering di dalam oven selepas masak.
6. Kalau nak potong kek/biskut/desert yang guna meringue, sila gunakan pisau yang telah dicelup dalam air sejuk. 

Take note yaaa! Barulah meringue menjadi!
Nasib baiklah terbaca tips-tips ni, kalau tak, tak merasalah nak makan kek Hokkaido hari tu, buang saja. Hahaha..

*untuk membuat meringue kek Hokkaido, part lain-lain tu boleh diabaikan kecuali yang nombor 1.

Sumber rujukan:
http://my-mintroom.blogspot.com/2013/11/tips-untuk-perfect-meringue.html
http://dayuyuna.blogspot.com/2011/10/tips-meringue.html



Sunday, March 8, 2015

Hokkaido Chiffon Cupcakes






Nah, nampak sedap kan? First time Nana rasa kek Hokkaido ni memang sedap tak terkata! Masa tu kawan Nana yang introducekan kat Nana. Nana pelik juga kawan Nana ni malam-malam pergi Bakery M semata-mata nak beli kek ni. Pastu dia bagi Nana try. Memang best! Siap ada stroberi, rasa masamnya campur ngan rasa manis kek, dahlah keknya lembut selembutnya, sedaaaappp!! 

Satu hari, Nana punya sister cadang nak buat kek ni. Tetiba je. Tapi Nana sokong 100%, hahaha. Bab makan nombor satu. First time nak buat of course kena google resepi. So, sis Nana cedok resepi kat blog ini sebab post dia kat atas sekali time buat carian google. Terima kasih tuan punya resepi, memang menjadi!

Macam mana nak buat? Jom, tengok resepi (resepi asal kat blog Hana's Family):

Bahan A:
3 biji kuning telur gred A
20g gula kastor/gula halus
35g minyak jagung
60ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
15g tepung jagung/tepung kastad*
55g tepung gandum*
Secubit garam*

Bahan B:
3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar-optional

Bahan C (Krim kastad by honey):
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Okeh! Kalau semua bahan dah ada, bolehlah kita start!

1. Mula-mula kita panaskan oven suhu 170.
2. Ayak bahan yang bertanda * tu, ketepikan.
3. Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim.
4. Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung, kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
5. Pukul Bahan B hingga bertanduk @meringue (terbalikkan tak jatuh). Nampak senang tapi dia ada tips dia kalau nak buat, takut tak jadiii.. So, berhati-hati yaaa.. (Tengok tips)
6. Dah siap meringue, ambil 1/3 adunan putih telur tadi dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
7. Dah siap adunan, masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.



Nana excited nampak dia kembang macam ni! Haha..

Belum siap lagi,,,,
8. Last sekali, kita buat krim kastad. Masukkan semua bahan C ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.
9. Bila dah sejuk, paipkan ke dalam cupcakes yang sudah masak tadi menggunakan nozel.
10. Pastu taburkan gula icing ke atas cupcakes. Boleh letak apa-apa yang anda suka untuk hiasan di atas kek! Pasni Nana nak letak stroberi plak!



Okeh, dah siap! Memang sedap! Sista, kita buat lagi yeeee! 

By Sweet Nana, hihi

Saturday, March 7, 2015

Me and my obsessions

Welcome to the space!
I am glad to share my favorites and meaningful life journey here.

Hope everything is going well!

Sweet as always, 
Nana.